Khamis, 29 Januari 2009

Malam Air Mata Palestin


Pelancaran Program “Malam Air Mata Palestin” meruntun jiwa.


SENALING - “Di saat kita bergelak ketawa bersama teman-teman, mereka menangis meratapi kematian. Di saat kita berlari berkejar-kejaran, mereka berlari sambil diulit ketakutan..” . Itulah di antara bait-bait sajak yang dideklamasikan oleh anak-anak kecil daripada Persatuan Keluarga Generasi Yang Cheksempena pelancaran program “Malam Air Mata Palestin” di Kampung Batang Pilah, Senaling.

Program yang dimulakan dengan majlis tahlil dan aqiqah pada siangnya itu telah dihadiri lebih daripada 70 orang ahli keluarga Generasi yang Chek.

Menurut ahli jawatankuasa persatuan itu, Norazizi A. Aziz, program itu diadakan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran serta menanamkan rasa insaf dalam menyelami penderitaan yang dihadapi oleh insan di Semenanjung Gaza yang diserang secara kejam oleh Zionis Israel.

“ Ini adalah persoalan kemanusiaan sejagat yang melampaui perbezaan fahaman politik, bangsa mahupun agama. Sebagai insan yang prihatin, kita harus ada rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan kita sesama manusia dalam membantu teman-teman di Gaza. Justeru, pihak persatuan telah menganjurkan program ini untuk menyuntik kesedaran tentang peri pentingnya kita mengetahui isu ini dengan lebih mendalam,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, program yang dimulakan dengan rentetan sejarah Palestin dan Israel serta tayangan keganasan Israel di bumi Gaza telah berjaya menitiskan air mata para penonton. Selain itu deklamasi sajak tentang penderitaan dan harapan anak-anak Palestin juga turut meruntun perasaan.

Menurut Norazizi, program pada malam itu juga turut diisi dengan kempen boikot barangan Yahudi dan kempen membeli barangan tempatan. “Kempen boikot barangan Yahudi ini adalah strategi untuk memperkasa dan memartabatkan ekonomi ummah. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan hasil produk tempatan disamping mengurangkan aliran wang keluar negara. Kempen boikot ini harus bermula daripada diri kita sendiri dan apabila ramai yang menyokong kempen ini, keseimbangan produk tempatan dapat diwujudkan sekaligus mampu mengurangkan kebergantungan kita terhadap produk import. Inilah peranan setiap individu,” katanya.

Dalam kempen itu juga, telah diedarkan senarai produk Yahudi yang perlu diboikot. Setiap ahli persatuan itu juga telah digesa agar membuat salinan dan mengedarkan senarai produk Yahudi itu kepada kenalan. “ Ini merupakan strategi dan mesej jelas dari kita dalam memberi tekanan kepada syarikat induk produk-produk ini di AS yang turut terlibat ke atas keganasan rejim Zionis,” ujarnya lagi.

Kemuncak program itu adalah pelancaran kutipan dana untuk rakyat Palestin. Dengan kutipan sebanyak RM 570 yang berjaya diperolehi pada malam itu,Persatuan Keluarga Generasi Yang Chek akan menyalurkan kutipan itu kepada Tabung Kemanusiaan MERCY yang kini sedang berkhidmat di Gaza. Norazizi yang menyifatkan walaupun jumlah kutipan itu kecil tetapi berharap sekurang-kurangnya ia dapat membantu rakyat di Gaza.


Video luahan anak-anak GYC



Jumaat, 31 Oktober 2008

Al-Fatihah

Mak Lang telah meninggal dunia pada 30 October 2008.
Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat.... Al-Fatihah....

Jumaat, 10 Oktober 2008

Majlis Hari Raya 2008

Maklumat mengenai Majlis Hari Raya GYC 2008.

Tarikh : 18 Oktober 2008
Masa : 7.00 ptg
Tempat : Rumah Norazizi ( Senawang, Seremban )
Aktiviti :
                  a) Solat Maghrib berjemaah
                  b) Jamuan Makan
                        Lain-lain aktiviti akan diberitahu kemudian.


JUMPA DISANA..!!!!




Peta ke rumah Azizi.

Surat Seorang Ibu



Sesama kita hayati cerita pendek ini.
Dihasilkan oleh kawan2 photographer untuk Rumah Pengasih.

Sebagai pedoman untuk semua


Sila klik pada gambar diatas.

Sumbangan dari Pengerusi GYC.

Selasa, 30 September 2008

Solamat Haghi Ghayo dari GYC


Joghoneh tak belunau, 
putih tak bokotoan, 
koghruh ati nan lampau, 
boghosih di timpo bona. 
Bak bluka mudo, 
darah bolom sotampok pinang, 
umo bolom setahun jagung. 
Mohon maap salah laku, 
daghri ujung rambut ko ujung kaki ,
di haghri lembaran Idil Fiftri ini. 
Nukilan dari @@ PAK TAM @@

SELAMAT HARI RAYA DARI GENERASI YANG CHEK

MAAF ZAHIR DAN BATIN 

Sabtu, 20 September 2008

Balik kampung

Pelito lamo tak nyalo
Rumah lamo tak komeh
Moh kito nyalo pelito
Moh reramai balik berkomeh

Goyong royong rumah Kg. Btg. Pilah 27 Sept.2008

Moh balik reramai.. Uwan nak buek lomang.. buko kek Senaling reramai