Selasa, 8 Disember 2009

MAJLIS KERAPATAN GYC & GSA










“MAJLIS KERAPATAN” Persatuan Keluarga Generasi Yang Chek
dan Generasi Keluarga Arshad sempena Hari Raya Aidil Adha

Peradong, Jelebu – Tiada yang lebih bermakna bagi seluruh keluarga keturunan Yang Chek dan keluarga keturunan Arshad apabila mereka berjaya dikumpulkan dalam satu program “Majlis Kerapatan” sempena sambutan Hari Raya AidilAdha kali ini.

Majlis Kerapatan itu berjaya melakar kenangan manis kepada seluruh ahli keluarga terbabit yang berjaya mengumpulkan 150 orang melibatkan tiga generasi keluarga Yang Chek dan keluarga Arshad.

Menurut Pengerusi Keluarga Generasi Yang Chek (GYC), Muzily Musa, perjumpaan ini tercetus atas dasar mengeratkan kembali hubungan silaturrahim di antara 2 keluarga iaitu keluarga
Siti Ajum/ Arshad (GSA) di Peradong, Jelebu dan keluarga Yang Chek/Mohd Arif (GYC) di Senaling, Kuala Pilah. Beliau menyatakan bahawa hasrat untuk mengumpulkan seluruh ahli dari dua keluarga ini sudah lama untuk memastikan hubungan kekeluargaan itu tetap utuh sekalipun mereka tinggal di merata tempat yang kebanyakannya di ibu kota.

“Setelah mengadakan perbincangan, pihak GYC telah mengambil keputusan untuk bertandang di Batu 6, Kg. Pergoi, Peradong, Jelebu untuk bersama-sama GSA menyambut Hari Raya Korban.”

Menurut beliau lagi, pihak jawatankuasa program Majlis Kerapatan yang dipengerusikan oleh Tn Haji Zainal Awaludin (GSA) dan Zamrus Shariff (GYC) telah mengadakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan Majlis Kerapatan ini.
Majlis Kerapatan yang berlangsung selama dua hari ini juga telah mengorbankan 2 ekor lembu bersempena dengan sambutan Aidil Adha.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Majlis Kerapatan ini ialah majlis suai kenal keluarga, penerangan susur galur keturunan kedua-dua keluarga, bacaan doa selamat dan tahlil arwah, takbir hari raya, serta pertandingan mewarna, bercerita dan kuiz keluarga untuk kanak-kanak.
Menurut Penolong Setiausaha GYC, Norazizi A. Aziz, GYC dengan kerjasama GSA, turut menjayakan satu tayangan slide “Gempa Bumi Padang, Indonesia.” Tayangan slide ini bertujuan untuk menimbulkan rasa insaf serta kesedaran disamping sama-sama menyelami penderitaan atas ujian gempa bumi yang berlaku di Padang, Indonesia.

Menurut beliau, sebagai insan yang prihatin, kita harus ada rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan kita sesama manusia apatah lagi kita dari rumpun yang sama.
“ Bagi menyuntik kesedaran serta memberi keinsafan kepada ahli keluarga, pihak kami telah mengadakan tayangan slide ini untuk sama-sama dihayati”
Norazizi berkata, kemuncak Majlis Kerapatan ini adalah pelancaran “Tabung Gempa Bumi Padang” untuk mangsa gempa bumi Padang, Indonesia dan kutipan yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM 441.41.

Persatuan Generasi Yang Chek Dan Generasi Keluarga Arshad turut menyalurkan kutipan itu kepada Pengerusi Yayasan Amal Negeri Sembilan, En Sufian Ibrahim melalui wakil keluarga GYC dan GSA.

Penasihat program Majlis Kerapatan, Ybhg Senator (B) Tuan Zakaria Arshad pula berharap agar program-program seperti ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja.
“ Besarlah harapan saya agar program-program yang bertujuan merapatkan lagi tali persaudaraan ini tidak terhenti dan perlu diteruskan dari masa ke semasa, pihak GSA amat berterima kasih kepada pihak GYC atas inisiatif ini dan pihak GSA akan merancang untuk bertandang ke Senaling, Kuala Pilah pula untuk membalas kehadiran GYC ini bagi menjayakan program-program keluarga seperti ini.”


Disediakan oleh :
Norazizi A. Aziz
012 3696474

Sabtu, 21 November 2009

Majlis Pertunangan Azreen

Gambar-gambar sekitar Majlis Pertunangan Ayin anak kepada Pak Ngah Kudang dengan Mak Ngah Ani di Port Dickson .Pihak persatuan mengucapkan Selamat Bertunang dan semoga sampai ke jinjang pelamin.

Nekad buat keputusan sukar

Artikel dari Metro 19/10/2009 ini berkaitan dengan salah seorang Ahli Persatuan Generasi Yang Chek ( Kak Ngah Kombar ) yang tabah melawan penyakit barah... Semoga akan terus tabah menghadapi dugaan dariNya.. semoga menjadi contoh kepada ahli-ahli yang lain..

Rabu, 16 September 2009

Sambutan Hari Raya GYC

Kepada semua Ahli Jawatankuasa Persatuan diharap bersedia kerana satu mesyuarat AJK akan diadakan selepas Majlis sambutan tamat. Harap maklum.

Salam Lebaran dari Singapura,
Setiausaha Persatuan.

Isnin, 14 September 2009

Selasa, 8 September 2009

Semoga berjaya

( gambar hiasan dari NST / Sairien Nafis )

Kepada anak-anak kita..
Generasi ketiga yang menduduki UPSR pada tahun ini..
Berilah tumpuan lebih kepada pelajaran dan semoga berjaya dari GYC...


Jumaat, 28 Ogos 2009

Merdeka..merdeka..merdeka..

Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu-padulah segenap baka
Membela hak keadilan pusaka

- Dr Burhanuddin Al-Helmi




Ahad, 23 Ogos 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Persatuan GYC mengucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Selain ibadah puasa jangan lupa juga menunaikan solat terawih , membaca Al-quran dan ibadah-ibadah yang lain. Hayatilah iklan petronas dibawah ini.. "Berbaktilah kepada ibu dan bapa selagi mereka masih ada.... ini kerana mereka telah berbakti kepada kita secara PERCUMA.. "



AJK Sumber Maklumat.
2.11pm Keratong 6.

Special Entry...

Konvokesyen UTM Skudai 2009... setelah usaha bertahun-tahun... dengan curahan keringat,buah fikiran , duit , air mata , doa dan sebagainya... akhirnya..



16 Ogos 2009
-Musz-
-Bg.Teh-

Selasa, 18 Ogos 2009

Hari Lahir

"Allah...selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan Muzily,Muzaliza,Muzalina, Akim dan Dik Ain.. Allah Selamatkan kamu.. "

Selamat Hari Lahir .. Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur..

Pak Teh Ismail

Semoga cepat sembuh ... kami merindui gelak tawa dan gurauan dari Pak Teh..

Selasa, 4 Ogos 2009

Al-fatihah untuk ABAH Sabar Bohari

(petikan dari blog Taman Nurani )

Ayah kepada Abd Halim Shah & bapa mertua Muzalina iaitu En. Sabar Bohari telah meninggal dunia pada pukul 4.00 petang tadi akibat masalah jantung.. Persatuan GYC mengucapkan takziah atas pemergian beliau dan sama-sama kita membacakan AL-Fatihah ... semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan kalangan orang-orang yang soleh.

( petikan dari blog Mat Saleh)



Selasa, 16 Jun 2009

Perkahwinan Helmi & Farahah

Persatuan GYC mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Kamarul Helmi dan Farahah atas perkahwinan mereka baru-baru ini. Kami doakan semoga kalian berbahagia hingga akhir hayat. Atas permintaan dari Pengerusi GYC berikut beberapa gambar semasa majlis perkahwinan tersebut. Enjoice...

Gambar dari Sheila .. semasa di Parit Buntar, Perak

Outdoor... Photographer by Bg.Teh , Assistant Photographer by Sheila, Lighting Girl by Kak Ngah , Assistant (pogang selendang) by Kak Lang.. tukang tengok ramai...

Aksi lompat-lompat.. dari kiri ..kak ngah,aza,along (bendahari),helmi,farahah,kak lang , jaja dan sheila.. (pocah porut golak.. photographer)

Aksi lari-lari kek pantai






Baik punye... dari Persatuan GYC..

Jumaat, 15 Mei 2009

Tanah belakang

Gambar semasa bertandang tanah belakang...

Sabtu, 4 April 2009

Gambar semasa Mesyuarat Agong ke 2

GYC Mesyuarat Agong 2






Klik pada gambar diatas untuk gambar-gambar semasa Mesyuarat Agong Ke 2 GYC

Rabu, 1 April 2009

Mesyuarat Agong Ke 2

Mesyuarat Agong ke 2 Persatuan Generasi Yang Chek kali ke dua telah berlangsung di rumah En.Zamrus Shariff , Taman Sri Rusa , Port Dickson.


Suasana semasa Mesyuarat Agong GYC ke 2

Isnin, 30 Mac 2009

Logo GYC yang baru


Setelah dibincangkan dalam Mesyuarat Agong GYC ke 2 maka logo tersebut akan diguna pakai untuk Persatuan keluarga GYC . Biro Sumber Maklumat mengucapkan terima kasih atas undian yang telah diberikan oleh ahli persatuan.

Harap Maklum

Ahad, 1 Februari 2009

Peta Tanah Milik Kaum Muslimin, Palestin Dirampas Israel

Palestin merupakan tanah milik kaum Muslimin yang telah dibebaskan sejak dahulu oleh Umar al-Faruq. Setelah Barat sekian lamanya menyerang Khilafah hingga akhirnya runtuh, pihak penjajah menjanjikan tanah bagi Israel. Pada tahun 1947, melalui bantuan PBB tanah Palestin dirampas Israel. Perampasan itu terus dilakukan hingga ke hari ini. Pengusiran, perampasan tanah, hingga pembunuhan dilakukan oleh penjajah Israel itu. Berikut gambaran peta wilayah negeri Islam Palestin, tanah milik kaum Muslimin yang diberkati itu terus dirampas penjajah Israel. Di manakah para pembebas Al-Faruq itu kini?


Khamis, 29 Januari 2009

Malam Air Mata Palestin


Pelancaran Program “Malam Air Mata Palestin” meruntun jiwa.


SENALING - “Di saat kita bergelak ketawa bersama teman-teman, mereka menangis meratapi kematian. Di saat kita berlari berkejar-kejaran, mereka berlari sambil diulit ketakutan..” . Itulah di antara bait-bait sajak yang dideklamasikan oleh anak-anak kecil daripada Persatuan Keluarga Generasi Yang Cheksempena pelancaran program “Malam Air Mata Palestin” di Kampung Batang Pilah, Senaling.

Program yang dimulakan dengan majlis tahlil dan aqiqah pada siangnya itu telah dihadiri lebih daripada 70 orang ahli keluarga Generasi yang Chek.

Menurut ahli jawatankuasa persatuan itu, Norazizi A. Aziz, program itu diadakan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran serta menanamkan rasa insaf dalam menyelami penderitaan yang dihadapi oleh insan di Semenanjung Gaza yang diserang secara kejam oleh Zionis Israel.

“ Ini adalah persoalan kemanusiaan sejagat yang melampaui perbezaan fahaman politik, bangsa mahupun agama. Sebagai insan yang prihatin, kita harus ada rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan kita sesama manusia dalam membantu teman-teman di Gaza. Justeru, pihak persatuan telah menganjurkan program ini untuk menyuntik kesedaran tentang peri pentingnya kita mengetahui isu ini dengan lebih mendalam,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, program yang dimulakan dengan rentetan sejarah Palestin dan Israel serta tayangan keganasan Israel di bumi Gaza telah berjaya menitiskan air mata para penonton. Selain itu deklamasi sajak tentang penderitaan dan harapan anak-anak Palestin juga turut meruntun perasaan.

Menurut Norazizi, program pada malam itu juga turut diisi dengan kempen boikot barangan Yahudi dan kempen membeli barangan tempatan. “Kempen boikot barangan Yahudi ini adalah strategi untuk memperkasa dan memartabatkan ekonomi ummah. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan hasil produk tempatan disamping mengurangkan aliran wang keluar negara. Kempen boikot ini harus bermula daripada diri kita sendiri dan apabila ramai yang menyokong kempen ini, keseimbangan produk tempatan dapat diwujudkan sekaligus mampu mengurangkan kebergantungan kita terhadap produk import. Inilah peranan setiap individu,” katanya.

Dalam kempen itu juga, telah diedarkan senarai produk Yahudi yang perlu diboikot. Setiap ahli persatuan itu juga telah digesa agar membuat salinan dan mengedarkan senarai produk Yahudi itu kepada kenalan. “ Ini merupakan strategi dan mesej jelas dari kita dalam memberi tekanan kepada syarikat induk produk-produk ini di AS yang turut terlibat ke atas keganasan rejim Zionis,” ujarnya lagi.

Kemuncak program itu adalah pelancaran kutipan dana untuk rakyat Palestin. Dengan kutipan sebanyak RM 570 yang berjaya diperolehi pada malam itu,Persatuan Keluarga Generasi Yang Chek akan menyalurkan kutipan itu kepada Tabung Kemanusiaan MERCY yang kini sedang berkhidmat di Gaza. Norazizi yang menyifatkan walaupun jumlah kutipan itu kecil tetapi berharap sekurang-kurangnya ia dapat membantu rakyat di Gaza.


Video luahan anak-anak GYC