Selasa, 16 Jun 2009

Perkahwinan Helmi & Farahah

Persatuan GYC mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Kamarul Helmi dan Farahah atas perkahwinan mereka baru-baru ini. Kami doakan semoga kalian berbahagia hingga akhir hayat. Atas permintaan dari Pengerusi GYC berikut beberapa gambar semasa majlis perkahwinan tersebut. Enjoice...

Gambar dari Sheila .. semasa di Parit Buntar, Perak

Outdoor... Photographer by Bg.Teh , Assistant Photographer by Sheila, Lighting Girl by Kak Ngah , Assistant (pogang selendang) by Kak Lang.. tukang tengok ramai...

Aksi lompat-lompat.. dari kiri ..kak ngah,aza,along (bendahari),helmi,farahah,kak lang , jaja dan sheila.. (pocah porut golak.. photographer)

Aksi lari-lari kek pantai






Baik punye... dari Persatuan GYC..

1 ulasan:

Abang Ily berkata...

Tahniah untuk mempelai Kamarul Helmi dan Farahah semoga membina rumahtanggaku shurgaku, tahniah Pak Chek Mak Chek semoga kehadiran orang baru memberi sirna baru, tahniah ahli GYC semoga yang ringan sama dijinjang yang berat sama dipikul, tahniah Bang/Kak Long semoga tercapai maksud dihati melihat kabahagiaan keluarga,tahniah Adik Azri semoga cepat dapat anak saudara baru, tahniah Penaung GYC semoga kesihatan dipelihara dan makin genit berkurung Hijau, tahniah Gen1semoga semangat muafakat kalian jadi ikutan, tahniah Gen2 semoga Allah balas setiap sen dan titik peluh kalian, tahniah juru kamera yang tak pernah mengecewa, tahniah tukang lampu dan tukang pegang (dan tukang sorak) semoga terus dilimpahi energy...

Syukur ya Allah..tidaklah kau jadikan kami ini sia-sia.

Anak bochek anak udang,
meloncek-loncek setiap potang,
Berkat kito pandai merancang,
Barang yang susah menjadi senang.