Ahad, 26 September 2010

Rabu, 22 September 2010

Jumaat, 17 September 2010

Salam Aidilfitri dari GYC

GYC Aidilfitri



Kok labo samo dichari
Kok ghugi samo tanggung
Kok banyak dapek ehh, dibagi boghumpok
Kok sikit, diboghi moghaso

Kok hilang sosamo dichaghi
Kok cicir sosamo dikutip
Kok tosinggung naik bogheseng tughun
Mintak ampun daghi hujung ghambut ko hujung kaki.

Khamis, 9 September 2010

Jumaat, 3 September 2010

Ramadhan - Rumah Jemapoh kembali ceria

From Buka Poso & Harijadi




Terharu....Sayu dan bermacam2 lagi perasaan sebak bercampur2 gembira. Mungkin ini lah rahsia Allah diawal Ramadahan tahun ini.

Rumah peninggalan Arwah Uwan Alang & Tok Alang bercahaya kembali. Paktam yang setiap hari melalui kawasan rumah tersebut, sering kali berlinangan airmata melihat rumah yang yg menjadi pelindung dan membesar dulu, semakin kusam dan mereput. Dan sewaktu ketika dulu rumah ini sering tersenarai dlm rumah terbersih dan cantik dengan susunan lanskapnya. Dan rumah ini juga pernah menjadi himpunan sanak saudara tak kira masa apatah lagi menjelmanya Hari Raya.

Keluarga Senaling akan sampai awal pagi lagi untuk menziarahi keluarga Tok Lang. Bagi dia orang, Tok Lang adalah salah seorang orang yg wajib ditemui dahulu. Maklum...adik ada kat situ. Tok Lang lak Orang adat juga abang Uwan Iyang. Itulah sorang-sorangnya abang Uwan Iyang yg masih ada.

Untuk memulihkan semula keceraiaan lama...Paktam & Maktam dan Atek Kosom..memulakan diawal Ramadhan dgn majlis berbuka posa bersama2 anak2 Atek Kosom. Anak2 ini sewaktu keciknya adalah bawah jagaan Paktam dan Tok Lang. Ayahnya dah berpisah agak lama. Paktam & Tok Lang ambik tanggungjawab ni sebagai Ayah Dan Emak dia oghang.Waktu tu omak2 dio oghang bokojo kek Kl mencari rezeki tambahan keluarga.

2 hari sebelum bermulanya majlis ni...halaman di mesin,diracun dan dlm rumah dibersihkan semula. Lantai, dinding termasuk atap dah banyak yg reput dimakan anai2.

Namun semuanya kembali bercahaya apabila hampir kesemua anak2 dapek balik dan berbuka posa sama. Kebetulan pula Pak Ngah Amat (suami baru Atek Kosom) menyambut ulang tahun kelahiran yg b0ghapo tak lak ingat. "Kojek" (PakSu) buat kojutan dengan potongan kek Harijadi termasuk hadiah kasih sayang dompet duit.

Moga Syawal tahun ini Rumah Jemapoh akan terus dengan serinya. Barangkali Roh Uwan Alang & Tok Lang tersenyum girang. Rumah peninggalan beliau masih untuh tegak berdiri. Doa Paktam...dihujung usia, rumah ini akan mampu diperbaiki. Jadikan lah balai berhimpunnya keluarga2 Tok Lang & Uwan Lang.

Insyallah....