Jumaat, 30 April 2010

Menjejaki tanah GYC




Usaha mencari batu sempadan bagi tanah GYC telah dibuat semasa Majlis Gotong Royong GYC di mana seramai 5 org telah membantu juruukur tanah untuk menjejaki batu sempadan tanah ini.. Laporan dilokasi bersama SU GYC... saksikan...

EX- AJK Sumber Maklumat.

Selasa, 20 April 2010

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN KELUARGA GENERASI YANG CHEK BAGI TAHUN 2010 - 2012

Salam semua. Di bawah adalah senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan Keluarga Generasi Yang Chek yang baru dilantik pada 17 April yang lalu. Bersama kita memberi kerjasama penuh kepada Jawatankuasa baru ini agar sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya.

PENGERUSI : NORAZIZI BIN AB. AZIZ

TIMB. PENGERUSI : MUZILY BIN MUSA

SETIAUSAHA : MUZILI AZNOR BIN MUSA

PEN. SETIAUSAHA : MUZALINA BT. MUSA

BENDAHARI : NOR FAISZAH BT. ISMAIL

PEN. BENDAHARI : NUR AZLINIE BT. WAHID

AHLI JAWATANKUASA :

MOHD KHAIRULHIZAM BIN ZAMRUS
ELIAS BIN NASRON
NORAZIZAH BT. AB. AZIZ
AZMI BIN ABDULLAH
MUZILIN BIN MUSA
MUZALIZA BT. MUSA
ABDUL HALIM SHAH BIN SABAR


SYABAS KEPADA SEMUA YANG DIPILIH!!

"Bukan kejayaan yang menyatukan kita, kita berjaya kerana kita bersatu."

CATATAN DUKA MESYUARAT AGONG KE-3

Salam untuk semua...

Mesyuarat Agong GYC yang dijadualkan pada 27 hb. Mac 2010 yang lalu telah dibatalkan kerana tidak cukup korum. Perlembagaan Persatuan Fasal 8 Mesyuarat Agong menyatakan seperti di bawah.
8.1 Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agong ahli-ahli.
Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli-ahli jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agong bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
Kehadiran pada malam itu iaitu pada pukul 10 pm (30 minit dari waktu mesyuarat) adalah seramai 13 orang. Sila rujuk lampiran. Jumlah ahli yang boleh mengundi adalah seramai dan setengah daripadanya adalah . Ahli jawankuasa adalah seramai…dan dua kali ganda ahli jawatan kuasa adalah seramai…..
Persatuan juga mengambil inisiatif melewatkan mesyuarat dengan mengambil bahagian dalam Hari Bumi (Earth Hour) di lokasi mesyuarat. Ini juga langkah untuk mengundang kehadiran yang lebih ramai tetapi malangnya langkah terdesak ini turut gagal.
Kami menjunjung tinggi semangat dan sifat tanggungjawab ahli yang hadir agak lewat dari waktu mesyuarat atas alasan kukuh tetapi masih berusaha untuk sampai.
Kami sedar bahawa ramai antara ahli yang response samada secara verbal, melalui perbualan telefon, sms atau lain-lain medium alasan ketidak hadiran mereka. Kami telah berbincang mengenai alasan setiap ahli, tetapi tidak mengambil apa-apa keputusan kewajaran setiap alasan. Kami serahkan untuk setiap individu itu sendiri menjawabnya “tepuk dada tanyalah hati kecil”.
Kami juga berbincang dengan panjang lebar mengenai notis mesyuarat. Ada pelbagai cadangan agar notis bukan sahaja perlu di sms tetapi sepatutnya Setiausaha mengambil langkah yang lebih pro aktif dengan menelefon setiap ahli terutam Generasi Pertama. Hujah ini benar tetapi tidak adil. Adalah tidak wajar Setiausaha yang kita lantik secara sukarela dibebankan dengan segala macam tugas yang sepatutnya boleh dipangku oleh wakil keluarga. Setiap keluarga mempunyai wakil dan memerangkap AJK persatuan. Tindakan wakil keluarga dituntut kerana sms dari Setiusaha seminggu sebelum mesyuarat agong hanyalah formaliti. Tarikh mesyuarat agong ini tidak pernah berubah dan telah pun diulang-ulang. Terakhir sekali sewaktu Maraton Gotong Royong sekitar 1 bulan sebelum Mesyuarat Agong tersebut.
Ramai di antara ahli yang menghantar notis ketidak hadiran yang agak lewat. Ini menyulitkan pihak persatuan untuk memesan makanan yang cukup untuk semua dan akhirnya menyebabkan pembaziran dana. Ini belum diambilkira penat lelah, keringat dan wang ahli yang datang dari jauh.

Ini adalah “lowlight” dalam sejarah persatuan. Kami sepakat untuk menghantar deklarasi ini untuk tatapan ahli yang tidak hadir pada malam itu.
Tujuan catatan ini adalah untuk meluahkan rasa dukacita ahli-ahli tegar persatuan yang hadir pada malam itu. Rasa dukacita dan kecewa kepada ahli yang tidak punya alasan kukuh ketidak hadiran mereka.
Mesyuarat ahli yang adakan menggantikan Mensyuarat Agong yang tidak berjaya mengambil ketetapan seperti berikut.
1) Meluahkan rasa dukacita terhadap kehadiran yang sangat mendukacitakan dengan menghantar surat kepada setiap ahli yang tidak hadir.
2) Mewar-warkan rintihan kekecewaan ini di dalam blog rasmi GYC. Sebagaimana setiap kejayaan program diraikan, begitu juga momen dukacita seperti ini buat diambil iktibar di masa hadapan.
3) Menyoal sensitiviti ahli atas keperluan mensyuarat agong. Persoalan yang kita depani adalah pemilihan jawatan kuasa untuk dua tahun akan datang. Haluan persatuan bermula disini.
4) Setiausaha dan wakil keluarga akan mengambil inisiatif penerangan yang lebih menyeluruh untuk menjayakan Mensyuarat Agong yang akan datang.
5) Mesyuarat Agong GYC yang ke-3 akan dijadualkan pada 17 hb. April 2010. Dua lokasi yang menjadi pilihan. Pilihan pertama rumah Puan Norpiah di PD atau rumah En. Arifin di Kuala Pilah.

Sebagai kesimpulan, catatan ini bukan bertujuan untuk menunding jari kepada sesiapa tetapi sebagai tanda cedera hati untuk tatapan kita di masa hadapan.
Bahawa Mesyuarat Agong GYC pernah ditunda kerana tidak cukup korum. Kami AJK persatuan dan ahli yang hadir mengambil sikap tanggungjawab atas kesilapan kami yang tidak mampu mendorong kehadiran ahli yang lain. Dalam nafas yang sama kami juga berharap ahli yang tidak hadir menyatakan kebersamaan hasrat agar kejadian ini boleh dijadikan iktibar dan tidak berulang di masa hadapan.


MUZILY BIN MUSA
PENGERUSI PERSATUAN KELUARGA GENERASI YANG CHEK 2008-2010.