Ahad, 28 Februari 2010

Bonda Hafiz....Selamat diijab kabul

27hb Feb 2010-Sabtu

Bonda Hafiz Shahril (Adik Apis) selamat di ijab kabul setelah hampir 20 tahun menjadi ibu tunggal.

Kalsom atau angah kosom memilih pasangan beliau sebelah rumah sahaja dan bekas abang iparnya sendiri Mohammad bin Lani yang kematian isteri kerana mengidap kanser buah pinggang. (Ganti tikar yo) Mohammad Lani juga bekas ketua kampong Desa Jemapoh yg mengantikan Atok Hj Mohd Pilus bin Denam setelah pemergian ke alam barzakh 2hb Jan 1995. Atok HJ Mohd Pilus memperolehi seorang anak tunggal Abdul Ghani bin Hj Mohd Pilus (Pak Long Ghani) bersama isteri pertama beliau dan berpisah selepasnya sebelum bertemu Uwan Bedah bt Idris. Abdul Ghani kini telah menyertai Persatuan GYC.

Untuk makluman Generasi Ke 2 dan seterusnya: Atok Hj Mohd Pilus abang kepada Penaung Generasi Yang Chik berkahwin dengan Uwan Bedah Bt Idris tetapi tiada rezeki untuk memperolehi zuriat. Untuk menceriakan bagi merasa sempurnanya sebuah keluarga maka Uwan Bedah binti Idris mendapatkan anak abang beliau Pilus Idris yg bernama Kalsom binti Mohd Pilus manakala Atok Mohd Pilus b Denam pula bersetuju mendapatkan anak adik beliau Uwan Yang Chek yang di beri nama Mohd Arifin bin Mohd Pilus (Pak Tam)

Manakala suami kepada penaung GYC Shariff b. Yakin pernah bernikah dengan orang Jemapoh kakak kepada Uwan Bedah Idris. Setelah kematian isterinya, adik Ipar beliau Mohd Pilus b Denam menjodohkan pula kepada adik sendiri Uwan Yang Chik atas sifat memanjangkan ikatan.

Yang lebih memeranjatkan berita yang baru di terima bahawa Mohamad bin Lani suami kepada
Kalsom bin Mohd Pilus adalah keturunan susur galur daripada Atok Shariff b Yakin dari Jelebu.
Pakar susur galur 2 generasi ini Lembaga orang besar adat Dato' Sathi Gani menceritakan segala-galanya.

Umpamo bolut balik ko lumpo
Umpamo sireh balik ko ganggang
Umpamo Koris balik ke sarung

Pihak Jemapoh mengucapkan terima kasih tak terhingga kehadhiran Penaung GYC bersama-sama Ambon dan Bg Lang PD. Kehadiran ini bukan sahaja untuk membantu persiapan malah lebih dari itu untuk erti sebuah tanggung jawab dan kasih sayang keluarga yang berterusan.

Paktam & Mak Tam bersama-sama keluarga anakanda Hafiz cukup terharu setiap kiriman SMS bagi yg tidak berkesempat hadir di samping memberian sokongan moral. Ini adalah juga sumber kekuatan kita.



@Paktam@

Khamis, 25 Februari 2010

Keluarga




Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

Rabu, 3 Februari 2010

Program Maraton Gotong-Royong GYC/Tanggung jawab Menjaga Warisan









Tarikh : 12 Februari 2010 ( Jumaat )
5.00ptg - 8.00mlm : - Pendaftaran .
8.00mlm - 9.00mlm - Persediaan untuk kenduri rumah Pak Teh Ismail.
9.00mlm - 10.00mlm - Makan malam dan taklimat Gotong-Royong.

Tarikh : 13 Februari 2010 ( Sabtu)
9.00pg – 12.00tgh : - Menanam batu sempadan .
3.00ptg – 6.00 ptg - Gotong-royong merobohkan rumah lama Uwan.
8.00mlm – 10.00mlm - Kenduri bacaan Yassin dan doa selamat Pak Teh Ismail & Mak Teh Ziah.
10.00mlm – 11.00mlm - Ceramah motivasi untuk kanak-kanak.

Tarikh : 14 Februari 2010 ( Ahad )
9.00pg – 12.00tgh : - Gotong-royong merobohkan rumah lama Uwan.
3.00ptg – 6.00 ptg - Gotong-royong merobohkan rumah lama Uwan.
9.00mlm – 9.30mlm - Penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang dan agihan ASB untuk Generasi 1.
9.30mlm – 11.00mlm - Perbincangan hala tuju tanah GYC.


Tarikh : 15 Februari 2010 ( Isnin )
9.00pg – 12.00tgh : - Lawatan ke tanah GYC.
12.00tgh : - Makan tengahari.
2.00ptg : - Taklimat ringkas dan bersurai.


Pesanan Pengerusi GYC :-
Sila bawak parang dan tukul besi semasa menghadiri program ini serta jangan tinggalkan anak-anak ( cucu ) anda di rumah...