Ahad, 26 September 2010

Rabu, 22 September 2010

Jumaat, 17 September 2010

Salam Aidilfitri dari GYC

GYC Aidilfitri



Kok labo samo dichari
Kok ghugi samo tanggung
Kok banyak dapek ehh, dibagi boghumpok
Kok sikit, diboghi moghaso

Kok hilang sosamo dichaghi
Kok cicir sosamo dikutip
Kok tosinggung naik bogheseng tughun
Mintak ampun daghi hujung ghambut ko hujung kaki.

Khamis, 9 September 2010

Jumaat, 3 September 2010

Ramadhan - Rumah Jemapoh kembali ceria

From Buka Poso & Harijadi




Terharu....Sayu dan bermacam2 lagi perasaan sebak bercampur2 gembira. Mungkin ini lah rahsia Allah diawal Ramadahan tahun ini.

Rumah peninggalan Arwah Uwan Alang & Tok Alang bercahaya kembali. Paktam yang setiap hari melalui kawasan rumah tersebut, sering kali berlinangan airmata melihat rumah yang yg menjadi pelindung dan membesar dulu, semakin kusam dan mereput. Dan sewaktu ketika dulu rumah ini sering tersenarai dlm rumah terbersih dan cantik dengan susunan lanskapnya. Dan rumah ini juga pernah menjadi himpunan sanak saudara tak kira masa apatah lagi menjelmanya Hari Raya.

Keluarga Senaling akan sampai awal pagi lagi untuk menziarahi keluarga Tok Lang. Bagi dia orang, Tok Lang adalah salah seorang orang yg wajib ditemui dahulu. Maklum...adik ada kat situ. Tok Lang lak Orang adat juga abang Uwan Iyang. Itulah sorang-sorangnya abang Uwan Iyang yg masih ada.

Untuk memulihkan semula keceraiaan lama...Paktam & Maktam dan Atek Kosom..memulakan diawal Ramadhan dgn majlis berbuka posa bersama2 anak2 Atek Kosom. Anak2 ini sewaktu keciknya adalah bawah jagaan Paktam dan Tok Lang. Ayahnya dah berpisah agak lama. Paktam & Tok Lang ambik tanggungjawab ni sebagai Ayah Dan Emak dia oghang.Waktu tu omak2 dio oghang bokojo kek Kl mencari rezeki tambahan keluarga.

2 hari sebelum bermulanya majlis ni...halaman di mesin,diracun dan dlm rumah dibersihkan semula. Lantai, dinding termasuk atap dah banyak yg reput dimakan anai2.

Namun semuanya kembali bercahaya apabila hampir kesemua anak2 dapek balik dan berbuka posa sama. Kebetulan pula Pak Ngah Amat (suami baru Atek Kosom) menyambut ulang tahun kelahiran yg b0ghapo tak lak ingat. "Kojek" (PakSu) buat kojutan dengan potongan kek Harijadi termasuk hadiah kasih sayang dompet duit.

Moga Syawal tahun ini Rumah Jemapoh akan terus dengan serinya. Barangkali Roh Uwan Alang & Tok Lang tersenyum girang. Rumah peninggalan beliau masih untuh tegak berdiri. Doa Paktam...dihujung usia, rumah ini akan mampu diperbaiki. Jadikan lah balai berhimpunnya keluarga2 Tok Lang & Uwan Lang.

Insyallah....

Selasa, 17 Ogos 2010

Happy Birthday


Happy Birthday Messages


Persatuan Generasi Yang Chek ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Pak Chek ( Zamrus bin Sharif ) , Abang Ily (Muzily Musa ), Kak Ngah ( Muzaliza Musa ), Kak Lang ( Muzalina Musa )dan Shikin ( Norasikin A. Aziz ).. Semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa.. Amin..

Khamis, 17 Jun 2010

Majlis Kesyukuran dan Aqiqah

aqiqah hannah copy

Majlis akan diadakan di alamat Kampung Batang Pilah, Kuala Pilah... Semua dijemput hadir...

Aturcara Majlis
9.00pagi - Jamuan Pagi
9.30 pagi - Berandoi, berzanji dan cukur rambut
11.30 pagi - Tahlil dan Doa Selamat
12.30tghhari - Jamuan Tengahari

Jumaat, 4 Jun 2010

Ahli generasi yang baru

Assalamualaikum ..... Apa habaq ? Nama saya Muhammad Affan Rayyan bin Mohd Kamarulhelmi ... Selamat berkenalan....

Sabtu, 29 Mei 2010

MAJLIS TAHLIL WARIS JELEBU

Salam Ukhwah...

Saya mendapat kiriman SMS dari Waris kita di Jelebu untuk menjemput semua ahli Persatuan Generasi Yang Chek ke Majlis Tahlil Arwah pada Sabtu, 12 Jun 2010 (Malam). Ini adalah untuk menyampaikan hajat Puan Sarbiah dan Puan Norizan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor 019-3412829. Sekian, Wassalam.

S/U GYC.

Khamis, 20 Mei 2010

Ahli Keluarga baru GYC - Bakal Pejuangku....


Assalamualaikum...

Nama saya Muhammad Hamka bin Muzily...

Selamat berkenalan...




@@ Ingatlah wahai bakal pejuangku pesanan ayahandamu: @@

Hamka....!!!!
Pejuang dan Nasionalis anti Belanda.
Pujangga merantau ke Deli, dibawah lindungan Kaabah
Tenggelamnya "Van De Wiej
Filosuf Islam dan Ulamak besar "Tanah Mengandung Minang"

@Tok Tam@

Isnin, 17 Mei 2010

Sabtu, 15 Mei 2010

Buat ibu kami - Pn Noriah binti Mohd Arif

Anugerah Ibu

Penerimanya adalah Pn. Noriah binti Mohd Arif dari Generasi Pertama.. Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas anugerah tersebut.

Jumaat, 14 Mei 2010

SENARAI KETUA-KETUA BIRO PERSATUAN KELUARGA GENERASI YANG CHEK NEGERI SEMBILAN 2010-2012

Di bawah merupakan senarai AJK yang telah dilantik untuk memegang jawatan ketua-ketua biro Persatuan Keluarga Generasi Yang Chek Negeri Sembilan bagi tahun 2010-2012 :-

Biro Kebajikan
Mohd KhairulHizam bin Zamrus (010-2561719)
Muzaliza binti Musa (018-82107885)

Biro Ekonomi
Elias bin Nasron (018-2116955)
Abdul Halim Shah bin Sabar (019-2188979)

Biro Kecemerlangan Keluarga
Norazizah binti Ab. Aziz (012-2374642)
Muzalina binti Musa (012-9709446)

Biro Sumber Maklumat
Muzilin bin Musa (019-2760730)
Azmi bin Abdullah (013-3690311)

Diharap semua ahli dapat memberikan kerjasama yang optimum dalam menjayakan segala perancangan yang akan diatur kelak..

S/U GYC.

Ahad, 9 Mei 2010

KERAMAT SEORANG IBU

From gyc picture


nukilan muhd qayyum a.badaruddin..yg menyentuh hati dan prasaan seorg ibu..

Rabu, 5 Mei 2010

Dari ICU/CCU PD ke pembedahan di IJN

From Gotong Royong GYC
Pak Chek Zamrus
akan menjalani penbedahan jantung di IJN pada hari Jumaat ( 7 May 2010 ) Sebelum ini telah dimasukan ke Wad ICU/CCU Hospital PD dlm keadaan cukup kritikal...

Sama-samalah kita berdoa semoga pembedahan tersebut berjaya dan semoga Pak Chek Zamrus akan bertambah sihat hendaknya...

Amin...


Gambar sewaktu di Hospital PD dan IJN , KL
AJK Sumber Maklumat

Jumaat, 30 April 2010

Menjejaki tanah GYC




Usaha mencari batu sempadan bagi tanah GYC telah dibuat semasa Majlis Gotong Royong GYC di mana seramai 5 org telah membantu juruukur tanah untuk menjejaki batu sempadan tanah ini.. Laporan dilokasi bersama SU GYC... saksikan...

EX- AJK Sumber Maklumat.

Selasa, 20 April 2010

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN KELUARGA GENERASI YANG CHEK BAGI TAHUN 2010 - 2012

Salam semua. Di bawah adalah senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan Keluarga Generasi Yang Chek yang baru dilantik pada 17 April yang lalu. Bersama kita memberi kerjasama penuh kepada Jawatankuasa baru ini agar sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya.

PENGERUSI : NORAZIZI BIN AB. AZIZ

TIMB. PENGERUSI : MUZILY BIN MUSA

SETIAUSAHA : MUZILI AZNOR BIN MUSA

PEN. SETIAUSAHA : MUZALINA BT. MUSA

BENDAHARI : NOR FAISZAH BT. ISMAIL

PEN. BENDAHARI : NUR AZLINIE BT. WAHID

AHLI JAWATANKUASA :

MOHD KHAIRULHIZAM BIN ZAMRUS
ELIAS BIN NASRON
NORAZIZAH BT. AB. AZIZ
AZMI BIN ABDULLAH
MUZILIN BIN MUSA
MUZALIZA BT. MUSA
ABDUL HALIM SHAH BIN SABAR


SYABAS KEPADA SEMUA YANG DIPILIH!!

"Bukan kejayaan yang menyatukan kita, kita berjaya kerana kita bersatu."

CATATAN DUKA MESYUARAT AGONG KE-3

Salam untuk semua...

Mesyuarat Agong GYC yang dijadualkan pada 27 hb. Mac 2010 yang lalu telah dibatalkan kerana tidak cukup korum. Perlembagaan Persatuan Fasal 8 Mesyuarat Agong menyatakan seperti di bawah.
8.1 Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agong ahli-ahli.
Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli-ahli jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agong bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
Kehadiran pada malam itu iaitu pada pukul 10 pm (30 minit dari waktu mesyuarat) adalah seramai 13 orang. Sila rujuk lampiran. Jumlah ahli yang boleh mengundi adalah seramai dan setengah daripadanya adalah . Ahli jawankuasa adalah seramai…dan dua kali ganda ahli jawatan kuasa adalah seramai…..
Persatuan juga mengambil inisiatif melewatkan mesyuarat dengan mengambil bahagian dalam Hari Bumi (Earth Hour) di lokasi mesyuarat. Ini juga langkah untuk mengundang kehadiran yang lebih ramai tetapi malangnya langkah terdesak ini turut gagal.
Kami menjunjung tinggi semangat dan sifat tanggungjawab ahli yang hadir agak lewat dari waktu mesyuarat atas alasan kukuh tetapi masih berusaha untuk sampai.
Kami sedar bahawa ramai antara ahli yang response samada secara verbal, melalui perbualan telefon, sms atau lain-lain medium alasan ketidak hadiran mereka. Kami telah berbincang mengenai alasan setiap ahli, tetapi tidak mengambil apa-apa keputusan kewajaran setiap alasan. Kami serahkan untuk setiap individu itu sendiri menjawabnya “tepuk dada tanyalah hati kecil”.
Kami juga berbincang dengan panjang lebar mengenai notis mesyuarat. Ada pelbagai cadangan agar notis bukan sahaja perlu di sms tetapi sepatutnya Setiausaha mengambil langkah yang lebih pro aktif dengan menelefon setiap ahli terutam Generasi Pertama. Hujah ini benar tetapi tidak adil. Adalah tidak wajar Setiausaha yang kita lantik secara sukarela dibebankan dengan segala macam tugas yang sepatutnya boleh dipangku oleh wakil keluarga. Setiap keluarga mempunyai wakil dan memerangkap AJK persatuan. Tindakan wakil keluarga dituntut kerana sms dari Setiusaha seminggu sebelum mesyuarat agong hanyalah formaliti. Tarikh mesyuarat agong ini tidak pernah berubah dan telah pun diulang-ulang. Terakhir sekali sewaktu Maraton Gotong Royong sekitar 1 bulan sebelum Mesyuarat Agong tersebut.
Ramai di antara ahli yang menghantar notis ketidak hadiran yang agak lewat. Ini menyulitkan pihak persatuan untuk memesan makanan yang cukup untuk semua dan akhirnya menyebabkan pembaziran dana. Ini belum diambilkira penat lelah, keringat dan wang ahli yang datang dari jauh.

Ini adalah “lowlight” dalam sejarah persatuan. Kami sepakat untuk menghantar deklarasi ini untuk tatapan ahli yang tidak hadir pada malam itu.
Tujuan catatan ini adalah untuk meluahkan rasa dukacita ahli-ahli tegar persatuan yang hadir pada malam itu. Rasa dukacita dan kecewa kepada ahli yang tidak punya alasan kukuh ketidak hadiran mereka.
Mesyuarat ahli yang adakan menggantikan Mensyuarat Agong yang tidak berjaya mengambil ketetapan seperti berikut.
1) Meluahkan rasa dukacita terhadap kehadiran yang sangat mendukacitakan dengan menghantar surat kepada setiap ahli yang tidak hadir.
2) Mewar-warkan rintihan kekecewaan ini di dalam blog rasmi GYC. Sebagaimana setiap kejayaan program diraikan, begitu juga momen dukacita seperti ini buat diambil iktibar di masa hadapan.
3) Menyoal sensitiviti ahli atas keperluan mensyuarat agong. Persoalan yang kita depani adalah pemilihan jawatan kuasa untuk dua tahun akan datang. Haluan persatuan bermula disini.
4) Setiausaha dan wakil keluarga akan mengambil inisiatif penerangan yang lebih menyeluruh untuk menjayakan Mensyuarat Agong yang akan datang.
5) Mesyuarat Agong GYC yang ke-3 akan dijadualkan pada 17 hb. April 2010. Dua lokasi yang menjadi pilihan. Pilihan pertama rumah Puan Norpiah di PD atau rumah En. Arifin di Kuala Pilah.

Sebagai kesimpulan, catatan ini bukan bertujuan untuk menunding jari kepada sesiapa tetapi sebagai tanda cedera hati untuk tatapan kita di masa hadapan.
Bahawa Mesyuarat Agong GYC pernah ditunda kerana tidak cukup korum. Kami AJK persatuan dan ahli yang hadir mengambil sikap tanggungjawab atas kesilapan kami yang tidak mampu mendorong kehadiran ahli yang lain. Dalam nafas yang sama kami juga berharap ahli yang tidak hadir menyatakan kebersamaan hasrat agar kejadian ini boleh dijadikan iktibar dan tidak berulang di masa hadapan.


MUZILY BIN MUSA
PENGERUSI PERSATUAN KELUARGA GENERASI YANG CHEK 2008-2010.

Sabtu, 6 Mac 2010

Kemesraan Kami Baru Berputik......Pak Mus1962-2010

From Pak Mus Dlm Kenangan




GYC menerima kejutan..... Pak Mus telah kembali ke Rahmatullah. Pak Mus yg pulang dari tugasan kerja mengadu sakit dada dan sejurus kemudiannya meninggalkan kita buat selama-selamanya di hospital KL.

Jenazah Pak Mus selamat di kembumikan di tanah perkuburan sekitar Gombak. Keluarga GYC dari Kuala Pilah yg terdiri dari Bonda Yang Chek, Ambon, Acek Zamrus, Ateh Ziah dan anakanda Azizi sempat menziarahi arwah. Dan besar kemungkinan keluarga yg lain-lainnya, hadir meruangkan masa memberi penghormatan terakhir.

Kuasa Allah mengatasi segala-segalanya... Kemesraan kami yang baru berputik dari " Korban & Hari Kerapatan Keluarga" di Pergai Jelebu tempohari adalah merupakan kemesraan yang terakhir buat Generasi Yang Chek.

Menjelangnya Along Nasir untuk menerima menantu...Pak Mus pulak yang meninggalkan kita...

Moga isteri dan keluarga Arwah menerima ketentuan takdir Allah ini sebagai sebahagian ujian. Kekuatan Arwah dlm membentuk keluarga waktu hayatnya, dijadikan semangat yg semakin kukuh dlm meneruskan tanggong jawab yang kehadapan.

Al-Fatihah

@Paktam@

Rabu, 3 Mac 2010

Along Nasir Dapek Menantu

From AzaniNorobibah


From AzaniNorobibah


From 2010-02-01

Walimatul Urus

Hj Zainal bin Awaludin & Hjh Nor'aini binti Nordin
Dengan penuh kesyukuran di atas limpah kurnia Allah S.W.T
Dengan segala hormatnya mempersila Persatuan Generasi Yang Chek seisi keluarga hadir ke majlis resepi perkahwinan puteranya yang akan berlansung pada :
20hb mac 2010 bersamaan 04 Rabiulakhir 1431 Hijrah bertempat di

No 144 Lorong TBD 2/1
Taman Bahagia Delima
Jln Kuala Pilah-Tampin
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Aturcara Majlis:

11.30 pagi-4.00 petang : Jamuan makan
1.00 petang : Ketibaan Pengantin

Turut Mengundang Seisi Keluarga:
06-481559 (rumah) 019-3412829 (Along Nasir/Hj Zainal)

Ahad, 28 Februari 2010

Bonda Hafiz....Selamat diijab kabul

27hb Feb 2010-Sabtu

Bonda Hafiz Shahril (Adik Apis) selamat di ijab kabul setelah hampir 20 tahun menjadi ibu tunggal.

Kalsom atau angah kosom memilih pasangan beliau sebelah rumah sahaja dan bekas abang iparnya sendiri Mohammad bin Lani yang kematian isteri kerana mengidap kanser buah pinggang. (Ganti tikar yo) Mohammad Lani juga bekas ketua kampong Desa Jemapoh yg mengantikan Atok Hj Mohd Pilus bin Denam setelah pemergian ke alam barzakh 2hb Jan 1995. Atok HJ Mohd Pilus memperolehi seorang anak tunggal Abdul Ghani bin Hj Mohd Pilus (Pak Long Ghani) bersama isteri pertama beliau dan berpisah selepasnya sebelum bertemu Uwan Bedah bt Idris. Abdul Ghani kini telah menyertai Persatuan GYC.

Untuk makluman Generasi Ke 2 dan seterusnya: Atok Hj Mohd Pilus abang kepada Penaung Generasi Yang Chik berkahwin dengan Uwan Bedah Bt Idris tetapi tiada rezeki untuk memperolehi zuriat. Untuk menceriakan bagi merasa sempurnanya sebuah keluarga maka Uwan Bedah binti Idris mendapatkan anak abang beliau Pilus Idris yg bernama Kalsom binti Mohd Pilus manakala Atok Mohd Pilus b Denam pula bersetuju mendapatkan anak adik beliau Uwan Yang Chek yang di beri nama Mohd Arifin bin Mohd Pilus (Pak Tam)

Manakala suami kepada penaung GYC Shariff b. Yakin pernah bernikah dengan orang Jemapoh kakak kepada Uwan Bedah Idris. Setelah kematian isterinya, adik Ipar beliau Mohd Pilus b Denam menjodohkan pula kepada adik sendiri Uwan Yang Chik atas sifat memanjangkan ikatan.

Yang lebih memeranjatkan berita yang baru di terima bahawa Mohamad bin Lani suami kepada
Kalsom bin Mohd Pilus adalah keturunan susur galur daripada Atok Shariff b Yakin dari Jelebu.
Pakar susur galur 2 generasi ini Lembaga orang besar adat Dato' Sathi Gani menceritakan segala-galanya.

Umpamo bolut balik ko lumpo
Umpamo sireh balik ko ganggang
Umpamo Koris balik ke sarung

Pihak Jemapoh mengucapkan terima kasih tak terhingga kehadhiran Penaung GYC bersama-sama Ambon dan Bg Lang PD. Kehadiran ini bukan sahaja untuk membantu persiapan malah lebih dari itu untuk erti sebuah tanggung jawab dan kasih sayang keluarga yang berterusan.

Paktam & Mak Tam bersama-sama keluarga anakanda Hafiz cukup terharu setiap kiriman SMS bagi yg tidak berkesempat hadir di samping memberian sokongan moral. Ini adalah juga sumber kekuatan kita.



@Paktam@

Khamis, 25 Februari 2010

Keluarga




Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

Rabu, 3 Februari 2010

Program Maraton Gotong-Royong GYC/Tanggung jawab Menjaga Warisan









Tarikh : 12 Februari 2010 ( Jumaat )
5.00ptg - 8.00mlm : - Pendaftaran .
8.00mlm - 9.00mlm - Persediaan untuk kenduri rumah Pak Teh Ismail.
9.00mlm - 10.00mlm - Makan malam dan taklimat Gotong-Royong.

Tarikh : 13 Februari 2010 ( Sabtu)
9.00pg – 12.00tgh : - Menanam batu sempadan .
3.00ptg – 6.00 ptg - Gotong-royong merobohkan rumah lama Uwan.
8.00mlm – 10.00mlm - Kenduri bacaan Yassin dan doa selamat Pak Teh Ismail & Mak Teh Ziah.
10.00mlm – 11.00mlm - Ceramah motivasi untuk kanak-kanak.

Tarikh : 14 Februari 2010 ( Ahad )
9.00pg – 12.00tgh : - Gotong-royong merobohkan rumah lama Uwan.
3.00ptg – 6.00 ptg - Gotong-royong merobohkan rumah lama Uwan.
9.00mlm – 9.30mlm - Penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang dan agihan ASB untuk Generasi 1.
9.30mlm – 11.00mlm - Perbincangan hala tuju tanah GYC.


Tarikh : 15 Februari 2010 ( Isnin )
9.00pg – 12.00tgh : - Lawatan ke tanah GYC.
12.00tgh : - Makan tengahari.
2.00ptg : - Taklimat ringkas dan bersurai.


Pesanan Pengerusi GYC :-
Sila bawak parang dan tukul besi semasa menghadiri program ini serta jangan tinggalkan anak-anak ( cucu ) anda di rumah...


Jumaat, 29 Januari 2010

Syabas Anakandaku Kakngah Kombar.....

YASOGEE (belakang), Muzaliza Musa (tengah) dan Rahana sentiasa tampil positif walaupun menghidap kanser payu dara.

Kosmo 1 Febuari 2010 ....

Model survival kanser

Kosmo 1hb Feb 2010 (Klik)


KUMPULAN penghidap kanser payu dara yang memiliki semangat kehidupan yang ceria.


Barah bukan noktah: Sumber Utusan (klik)

Tidak mahu memikirkan nasib serta penyakit yang 'menghuni' tubuh masing-masing, kumpulan wanita ini bertekad untuk tidak menoleh ke belakang malah terus memandang ke hadapan bagi meneruskan kehidupan bersama keluarga tersayang.
Berbekalkan kecekalan diri, Yasogee dan Muzaliza Musa, yang masing-masing masih lagi menjalani rawatan pemulihan barah payu dara, tabah menghadapi ujian.
From qurban2009


@Paktam@

Sabtu, 23 Januari 2010

Hero kita

Mari kita sama-sama saksikan... kisah hero kita...