Jumaat, 31 Oktober 2008

Al-Fatihah

Mak Lang telah meninggal dunia pada 30 October 2008.
Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat.... Al-Fatihah....

2 ulasan:

GUA64 berkata...

Aidil fitri tahun ini adalah hari2 yg terakhir Paktam bersama Uwan alang. Ibu yang banyak mengasoh dan melayan karenah Paktam sejak beberapa hari lahir hinggalah mencecah umur Paktam 45 tahun. Ketara sekali kesayuan Uwan alang semenjak kehilangan Atok Alang. Dan terlalu banyak tekanan Uwan Alang oleh adik beradik beliau sendiri kerana cuba mempertahankan hak tanah beliau dari di serahkan kepada Paktam. Pada awalnya, Paktam sendiri tak pernah terlintas untuk mendirikan rumah di tanah tersebut, tapi tika hayat arwah Tok Alang, Tok Alang besungguh2 dan merajuk jika tidak memenuhi wasiat beliau. "Siapa lagi yg hendak diharap menjaga Uwan Alang dan menjaga kampong" bidas Atok Alang. Dan Atok Alang bersama2 Uwan Alang yg mengheret Paktam ke Pejabat Tanah untuk menukar nama geran tanah. Paktam pasrah dan akor kehendak beliau waktu hayatnya masih ada. Risiko ini terlalu tinggi untuk Paktam harungi kerana Paktam sendiri terlalu maklum akan perangai adik beradik arwah Uwan Alang. Dalam pada itu Paktam cukup bersyukur, Paktam sempat bersama2 dgn Uwan Alang untuk menjaga sakit pening, makan minum beliau sebelum ini. Malam Idil Fitri tempohari, Paktam dapat lihat keriangan yg cukup ketara dari riak wajah Uwan Alang. Uwan Alang mengemas almari pakaian dan baju2 sewaktu muda2 dulu yg masih tersimpan baik, habis di sedekahkan kepada anak2 Paktam. Dan malam tersebut beliau bergurau2 seolah2 hari yg terakhir dengan Paktam sekeluarga. Uwan Alang balik ke KL 4 Hari Raya kerana Paktam kerisauan Uwan Alang akan tinggal seorang sewaktu kesibukan Maktam menguruskan sekolah anak2. Makan & minum termasuk mandi perlu di pimpin. Lutut beliau sudah lama sakit dan tiada upaya untuk menguruskan secara sendiri. Uwan Alang selalu terjatuh ketika hendak ke bilik air terutama pada waktu malam. Perhatian yg cukup khusus atas keuzuran. Sehari sebelum Uwan Alang diberitakan meninggalkan kita, Paktam beritahu Maktam akan kerinduan yg teramat sangat pada Uwan Alang. Dan seolah2ada sesuatu yg membisikan pada Paktam, Uwan Alang akan meninggalkan kita buat selama2nya. Janji Allah memulangkan semula haqnya. Ibu yg tanpa penat dan jerih, menunjuk ajar Paktam erti sebuah kehidupan. JASA MU SENTIASA DIKENANG SEPANJANG HAYAT. Dengan Doa akan di cucuri rahmat roh Uwan Alang. AMIN

Tanpa Nama berkata...

Semoga rohnya dicucuri rahmat... amin..