Selasa, 8 Disember 2009

MAJLIS KERAPATAN GYC & GSA










“MAJLIS KERAPATAN” Persatuan Keluarga Generasi Yang Chek
dan Generasi Keluarga Arshad sempena Hari Raya Aidil Adha

Peradong, Jelebu – Tiada yang lebih bermakna bagi seluruh keluarga keturunan Yang Chek dan keluarga keturunan Arshad apabila mereka berjaya dikumpulkan dalam satu program “Majlis Kerapatan” sempena sambutan Hari Raya AidilAdha kali ini.

Majlis Kerapatan itu berjaya melakar kenangan manis kepada seluruh ahli keluarga terbabit yang berjaya mengumpulkan 150 orang melibatkan tiga generasi keluarga Yang Chek dan keluarga Arshad.

Menurut Pengerusi Keluarga Generasi Yang Chek (GYC), Muzily Musa, perjumpaan ini tercetus atas dasar mengeratkan kembali hubungan silaturrahim di antara 2 keluarga iaitu keluarga
Siti Ajum/ Arshad (GSA) di Peradong, Jelebu dan keluarga Yang Chek/Mohd Arif (GYC) di Senaling, Kuala Pilah. Beliau menyatakan bahawa hasrat untuk mengumpulkan seluruh ahli dari dua keluarga ini sudah lama untuk memastikan hubungan kekeluargaan itu tetap utuh sekalipun mereka tinggal di merata tempat yang kebanyakannya di ibu kota.

“Setelah mengadakan perbincangan, pihak GYC telah mengambil keputusan untuk bertandang di Batu 6, Kg. Pergoi, Peradong, Jelebu untuk bersama-sama GSA menyambut Hari Raya Korban.”

Menurut beliau lagi, pihak jawatankuasa program Majlis Kerapatan yang dipengerusikan oleh Tn Haji Zainal Awaludin (GSA) dan Zamrus Shariff (GYC) telah mengadakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan Majlis Kerapatan ini.
Majlis Kerapatan yang berlangsung selama dua hari ini juga telah mengorbankan 2 ekor lembu bersempena dengan sambutan Aidil Adha.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Majlis Kerapatan ini ialah majlis suai kenal keluarga, penerangan susur galur keturunan kedua-dua keluarga, bacaan doa selamat dan tahlil arwah, takbir hari raya, serta pertandingan mewarna, bercerita dan kuiz keluarga untuk kanak-kanak.
Menurut Penolong Setiausaha GYC, Norazizi A. Aziz, GYC dengan kerjasama GSA, turut menjayakan satu tayangan slide “Gempa Bumi Padang, Indonesia.” Tayangan slide ini bertujuan untuk menimbulkan rasa insaf serta kesedaran disamping sama-sama menyelami penderitaan atas ujian gempa bumi yang berlaku di Padang, Indonesia.

Menurut beliau, sebagai insan yang prihatin, kita harus ada rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan kita sesama manusia apatah lagi kita dari rumpun yang sama.
“ Bagi menyuntik kesedaran serta memberi keinsafan kepada ahli keluarga, pihak kami telah mengadakan tayangan slide ini untuk sama-sama dihayati”
Norazizi berkata, kemuncak Majlis Kerapatan ini adalah pelancaran “Tabung Gempa Bumi Padang” untuk mangsa gempa bumi Padang, Indonesia dan kutipan yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM 441.41.

Persatuan Generasi Yang Chek Dan Generasi Keluarga Arshad turut menyalurkan kutipan itu kepada Pengerusi Yayasan Amal Negeri Sembilan, En Sufian Ibrahim melalui wakil keluarga GYC dan GSA.

Penasihat program Majlis Kerapatan, Ybhg Senator (B) Tuan Zakaria Arshad pula berharap agar program-program seperti ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja.
“ Besarlah harapan saya agar program-program yang bertujuan merapatkan lagi tali persaudaraan ini tidak terhenti dan perlu diteruskan dari masa ke semasa, pihak GSA amat berterima kasih kepada pihak GYC atas inisiatif ini dan pihak GSA akan merancang untuk bertandang ke Senaling, Kuala Pilah pula untuk membalas kehadiran GYC ini bagi menjayakan program-program keluarga seperti ini.”


Disediakan oleh :
Norazizi A. Aziz
012 3696474

Sabtu, 21 November 2009

Majlis Pertunangan Azreen

Gambar-gambar sekitar Majlis Pertunangan Ayin anak kepada Pak Ngah Kudang dengan Mak Ngah Ani di Port Dickson .Pihak persatuan mengucapkan Selamat Bertunang dan semoga sampai ke jinjang pelamin.

Nekad buat keputusan sukar

Artikel dari Metro 19/10/2009 ini berkaitan dengan salah seorang Ahli Persatuan Generasi Yang Chek ( Kak Ngah Kombar ) yang tabah melawan penyakit barah... Semoga akan terus tabah menghadapi dugaan dariNya.. semoga menjadi contoh kepada ahli-ahli yang lain..

Rabu, 16 September 2009

Sambutan Hari Raya GYC

Kepada semua Ahli Jawatankuasa Persatuan diharap bersedia kerana satu mesyuarat AJK akan diadakan selepas Majlis sambutan tamat. Harap maklum.

Salam Lebaran dari Singapura,
Setiausaha Persatuan.

Isnin, 14 September 2009

Selasa, 8 September 2009

Semoga berjaya

( gambar hiasan dari NST / Sairien Nafis )

Kepada anak-anak kita..
Generasi ketiga yang menduduki UPSR pada tahun ini..
Berilah tumpuan lebih kepada pelajaran dan semoga berjaya dari GYC...


Jumaat, 28 Ogos 2009

Merdeka..merdeka..merdeka..

Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu-padulah segenap baka
Membela hak keadilan pusaka

- Dr Burhanuddin Al-Helmi